Refleksi Rancangan
REFLEKSI RPH 1
Pada peringkat set induksi,
saya mengemukakan dua soalan teka-teki kepada murid dengan menggunakan power
point. Murid-murid berasa seronok dan berusaha untuk meneka jawapannya. Ini
bermakna murid-murid berminat dan tertarik kepada kaedah yang saya gunakan.
Saya juga membeli hadiah kepada murid yang menjawab betul dan memberi galakkan
kepada murid yang gagal menjawab soalan. Set induksi sangat penting dalam
sesuatu pengajaran kerana jika guru dapat menarik minat murid-murid, mereka
akan memberi sepenuh perhatian dalam aktiviti yang seterusnya.
Pada peringkat langkah 1, saya memilih 8 orang murid
untuk melakonkan haiwan dan murid-murid yang lain meneka haiwan yang
dilakonkan. Semasa murid-murid melakon, saya dapati murid tidak begitu pandai
melakonkan haiwan. Oleh itu, murid yang meneka tidak dapat atau susah untuk
memberikan jawapan yang betul. Ini menjadikan saya telah menggunakan masa yang
lebih dalam langkah ini. Selepas itu, saya telah berfikir balik haiwan yang
saya suruh murid lakonkan. Saya dapati haiwan seperti lipas dan siput memang
susah untuk melakon. Dengan ini, saya perlu berfikir dengan teliti semasa
merancang aktiviti.
Pada
peringkat langkah 2, saya
membahagikan murid dalam kumpulan. Saya memberikan sampul surat yang mempunyai
gambar haiwan dan nama haiwan. Murid perlu memadankan haiwan dengan nama
haiwan. Murid berasa seronok kerana dapat berbincang dalam kumpulan. Ini kerana
mereka jarang dapat duduk dalam kumpulan. Dengan itu, mereka menunjukkan minat
dan bersungguh-sungguh untuk memadankan jawapan. Selain itu, mereka suka gambar
yang saya sediakan. Saya perlu menyediakan banyak aktiviti yang melibatkan
kumpulan supaya murid dapat berinteraksi dan bekerjasama dengan ahli
kumpulannya. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar. Tambahan pula, murid dapat mencapai objek yang ditetapkan oleh saya.
Pada
peringkat langkah 3, murid-murid
masih duduk dalam kumpulan. Guru mengedarkan marker pen dan kertas mahjong.
Guru menayangkan gambar haiwan dengan menggunakan power point. Murid-murid
menulis nama haiwan yang ditunjukkan oleh guru. Semasa menjalankan aktiviti
ini, murid-murid sangat bising kerana mereka berebut-rebut untuk menulis
jawapan. Ini menjadikan murid yang pasif tidak berpeluang menulis jawapan.
Dengan itu, saya telah berfikir kenapa masalah ini berlaku. Barulah saya
teringat kerana sebelum menjalankan aktiviti ini, saya tidak memberikan arahan
yang jelas. Arahan yang jelas sangat penting semasa menjalankan aktiviti
kumpulan. Dengan memberikan arahan yang jelas dapat membina bilik darjah yang
kondusif.
Pada
peringkat langkah 4, guru
mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. Murid-murid menyiapkan lembaran
tersebut. Murid-murid membuat lembaran kerja dengan teliti. Murid-murid dapat
menjawab soalan yang saya berikan dengan cepat dan betul. Ini bermakna
murid-murid telah mengetahui semua nama haiwan yang saya ajar. Lembaran kerja
yang saya berikan adalah untuk mentaksir sejauh manakah murid mencapai
objektif. Saya berasa gembira kerana murid-murid dapat menjawab semua soalan
yang saya berikan.
Pada
peringkat penutup, saya membuat
rumusan dengan murid. Murid-murid menyebutkan dan membaca nama haiwan yang
telah dipelajari. Saya berasa puas hati dalam pengajaran dan pembelajaran hari
ini kerana murid dapat mencapai objek yang saya tetapkan.
Pada keseluruhan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan oleh saya walaupun terdapat sedikit masalah. Saya
akan membaiki kelemahan saya dengan mendapat bantuan daripada guru yang lebih
berpengalaman untuk menjayakan P&P saya pada masa akan datang.
REFLEKSI RPH 2
Pada peringkat set induksi, saya menyuruh murid-murid meneka gambar
telinga haiwan yang saya pamerkan. Bahan
yang saya pamerkan adalah gambar telinga haiwan sahaja, murid-murid dikehendaki
meneka apakah haiwan yang mempunyai telinga tersebut. Ramai murid berminat
mengangkat tangan untuk memberi jawapan. Seterusnya saya memilih murid-murid
tertentu untuk memberi jawapan kepada saya. Melalui aktiviti pemerhatian, saya
dapat menarikan perhatian murid dan juga merangsang perasaan ingin tahu murid
terhadap pengajaran hari ini. Saya berasa telah berjaya dalam aktiviti
tersebut. Hal ini kerana set induksi sangat penting dalam pengajaran. Jika guru
dapat menarik perhatian murid, mereka akan belajar bersungguh-sungguh pada
aktiviti yang seterusnya. Sebaliknya jika guru gagal dalam menarik perhatian
murid akan menyebabkan murid berasa bosan dan kurang minat terhadap
pembelajaran.
Seterusnya pada langkah 1, saya menayangkan pelbagai gambar seperti ikan, lembu dan
burung. Saya meminta murid-murid menyatakan nama haiwan berdasarkan gambar. Ini
cuma untuk merangsangkan peringatan mereka tentang topik yang sudah dipelajari.
Seterusnya saya meneruskan pengajaran topik yang baru iaitu mengenalpasti
bahagian-bahagian tubuh haiwan. Dalam langkah ini, murid akan mengenalpasti 5
jenis bahagian tubuh haiwan. Pada permulaan saya menayangkan slide show dengan
bahagian tubuh haiwan burung, ikan, siput babi, lembu dan kambing. Murid-murid
membaca nama bahagian tubuh haiwan melalui bimbingan guru. Kemudian saya
menyuruh sebilangan murid menyatakan ciri haiwan tertentu. Soal jawab
dijalankan oleh saya supaya untuk menguji kefahaman murid. Menerusi aktiviti soal jawab, saya mendapati
murid saya dapat menyatakan ciri haiwan dengan betul dan tepat. Langkah ini
dapat dijalankan dengan lancar.
Dalam langkah 2, saya menyuruh murid duduk dalam 6 kumpulan. Setiap
kumpulan akan dapat satu keping gambar yang berbeza, tetapi gambar yang saya
sediakan adalah kekurangan sebahagian tubuh badan. Saya menyuruh murid-murid
memerhatikan gambar tersebut sebelum saya memberi sebarang penjelasan. Apabila
mereka telah melihat gambar tersebut, saya memberikan arahan kepada murid-murid.
Saya menyuruh murid-murid memerhatikan gambar tersebut lalu meminta murid
melukiskan bahagian yang telah hilang pada haiwan tersebut. Selepas melukiskan
bahagian yang telah hilang pada haiwan, ahli-ahli kumpulan juga hendak membuat
perbincangan dalam kumpulan. Pada akhirnya, murid dikehendaki menjelaskan
pandapat mengenai kepentingan haiwan-haiwan yang mempunyai tubuh yang lengkap
berdasarkan gambar kumpulan masing-masing. Menerusi langkah ini, saya didapati
murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti tolong-menolong. Di samping
itu, kaedah ini juga dapat melatih mereka berdikari untuk meneroka dan penemuan
dalam pembelajaran. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat memberi alasan
dan pendapat dengan munasabah mengenai menjelaskan kepentingan haiwan-haiwan
yang mempunyai tubuh yang lengkap. Murid dapat menjalankan aktiviti ini dengan
sempurna. Saya juga menyuruh rakan-rakan lain memberi tepukan kepada mereka
sebagai galakan dan menambahkan keyakinan mereka.
Dalam langkah 3, saya menyediakan aktiviti permainan iaitu puzzle. Setiap
kumpulan mendapat satu jenis haiwan puzzle. Murid-murid dikehendaki menyusun
semula puzzle supaya menjadi gambar yang betul dan lengkap dan akhirnya dapat
mengetahui apakah haiwan tersebut. Tetapi saya dapati aktiviti kumpulan yang
saya rancangkan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini kerana
murid-murid berebut-rebut untuk menyusun puzzle tersebut. Ada juga kumpulan
yang telah menghilangkan beberapa keping puzzle. Saya berasa kecewa dengan
sikap murid-murid tersebut. Murid-murid tahun satu tidak mempunyai kesabaran,
mereka suka persaingan dengan kumpulan yang lain. Oleh yang demikian, mereka
tidak dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk menyempurnakan puzzle. Pada
akhir aktiviti ini, saya telah menasihati mereka untuk memperbaiki sikap
tersebut dan tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi.
Dalam langkah 4 pula, saya mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
Mereka dikehendaki mengisikan jawapan mengikut bahagian tubuh berdasarkan
gambar haiwan. Semasa saya meronda dan memeriksa jawapan murid, saya dapati
beberapa murid tidak dapat mengisikan jawapan dengan betul. Murid-murid
tersebut adalah murid yang lemah atau murid yang tidak menumpukan perhatian
semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran. Oleh yang demikian, saya perlu
memberikan bimbingan yang banyak supaya mereka boleh melengkapi lembaran kerja.
Bagi memperbaiki kelemahan ini, saya
perlu mempunyai aktiviti pemulihan terhadap murid tersebut. Mereka
memerlukan masa pengajaran yang panjang serta mengajar semula dengan kaedah
yang berbeza atau mudah.
Akhirnya, saya meminta murid-murid menyatakan
semula bahagian tubuh haiwan burung, ikan, siput babi, lembu dan kambing. Saya
membimbing mereka membuat kesimpulan bahawa semua haiwan mempunyai ciri-ciri
dan bahagian tubuh yang berbeza. Haiwan perlu mempunyai tubuh yang lengkap atau
ciri-ciri tertentu supaya dapat melindungi daripada ancaman.
Pada keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, saya berasa
murid-murid dapat mengikut dan menyertai dengan aktif dan sepenuh hati, mereka
juga dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan. Hanya sekumpulan
kecil murid masih belum menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran hari
ini. Mereka terdiri daripada murid yang lemah atau murid yang tidak menumpukan
perhatian semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran. Bagi murid yang lemah,
saya perlu menggunakan arahan atau kaedah yang mudah supaya mereka dapat
mengikuti aktiviti pengajaran saya. Manakala bagi murid yang kurang perhatian,
saya perlu merancang aktiviti yang seronok untuk menarik perhatian mereka.
REFLEKSI RPH 3
Pada peringkat set induksi, saya menyuruh murid-murid meneka gambar
binatang apakah yang saya pamerkan, tetapi gambar yang saya pamerkan kekurangan
sebahagian tubuh badan, dengan ini telah menimbulkan minat semua murid untuk
menumpulkan perhatian kepada saya, seterusnya saya meminta murid keluar untuk
melukiskan bahagian yang kehilangan kepada siput tersebut, murid-murid saya
menyertai dengan penuh perhatian, melalui pemerhatian daripada rangsangan murid
saya setakat ini, saya berasa saya telah berjaya untuk menarik minat mereka
terhadap pengajaran saya.
Seterusnya pada langkah 1, saya mengeluarkan gambar
lembu dan menyuruh murid-murid saya menamakan bahagian-bahagian tubuh pada
lembu, ini cuma untuk merangsangan peringatan mereka tentang topik yang sudah
dipelajari iaitu bahagian-bahagian tubuh haiwan. Dalam langkah ini, saya
mendapati kebanyakkan murid dapat menjawabkan soalan saya dengan baik, ini
telah menunjukkan mereka telah bersiap sedia untuk meneruskan pengajaran saya
iaitu topik yang baru kepada mereka, iaitu membanding dan membezakan bahagian
tubuh badan haiwan.
Pada peringkat langkah 2, saya mengemukakan dua gambar
haiwan iaitu kura-kura dan arnab, berdasarkan 2 gambar tersebut saya menyoalkan
perbezaan dan persamaan di antara dua haiwan. Pada mulanya, saya menggunakan
soalan yang terus dan senang difahami oleh murid iaitu haiwan yang mana satu
mempunyai cengkerang? Haiwan yang manakah mempunyai telinga? Soalan yang
ditanya hanya mempunyai satu jawapan sahaja supaya mereka tidak keliru serta
menjawabnya dengan tepat. Seterusnya barulah saya mengemukakan soalan yang
lebih kompleks, soalan yang kemungkinan mempunyai lebih daripada satu jawapan
iaitu apakah persamaan kedua-dua haiwan ini pula? Apakah perbezaan kedua-dua
haiwan ini? Dengan ini, saya mendapati kebanyakkan murid-murid dapat menyertai
aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan baik.
Dalam langkah 3, saya menyuruh murid duduk dalam 6 kumpulan, memberikan
dua gambar haiwan dan borang pengurusan grafik kepada mereka supaya mereka
boleh menyelesaikan tugasan saya melalui perbincangan dalam kumpulan. Tetapi
saya mendapati aktiviti kumpulan yang saya rancangkan tidak dapat dijalan
dengan lancar, ini kerana mereka tidak memahami arahan saya, ada juga yang
tidak mendengar arahan saya. Selain itu, saya juga mendapati sebahagian kecil
murid dalam kelas saya tidak mahir berkomunikasi dengan ahli kumpulan, mereka
tidak dapat menyertai aktiviti kumpulan dengan aktif, keadaan sebegini telah
mengecewakan saya. Menerusi langkah ini, saya mendapati murid-murid tahun 1
tidak mempunyai kesabaran untuk mendengar arahan, mereka juga tidak dapat
menumpukan perhatian mereka bagi masa pengajaran yang agar panjang. Oleh itu,
saya hendaklah memberikan bimbingan yang banyak supaya mereka boleh melengkapi
borang pengurusan grafik yang saya bagi.
Dalam langkah 4, saya meminta murid- murid menampalkan borang pengurusan
grafik yang telah dilengkapi oleh mereka dan seterusnya menbentangkan pendapat
mereka. Menerusi langkah ini, saya mendapati hanya sebahagian kecil murid dalam
kelas saya dapat membuat penjelasan mereka dengan lancar, iaitu menggunakan
perkataan yang tepat dan betul serta dapat membentukkan struktur ayat yang
betul. Kebanyakkan murid di dalam kelas saya tidak mampu berbuat begitu, mereka
juga tidak berani bercakap di hadapan kelas. Mereka memerlukan bimbingan dan
galakan yang banyak supaya dapat membangkitkan keyakinannya untuk bercakap di
hadapan kawan-kawan.
Akhirnya, saya meminta murid-murid menyatakan
semula persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tubuh pada anjing dan belalang
seterusnaya membimbing mereka membuat kesimpulan bahawa beberapa haiwan yang
mempunyai bahagian-bahagian tubuh yang sama dan ada yang berbeza supaya mereka
dapat memahami serta menguasai ojektif pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Pada keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, saya berasa
murid-murid dapat mengikut dan menyertai dengan sepenuh hati, mereka juga dapat
menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih terdapat sekumpulan
kecil murid menimbulkan masalah disiplin dan kelakuan mereka telah menggangu
kelancaran aktiviti. Saya berasa murid-murid tahun 1A ini sukar dikawal, mereka
sungguh aktif dan tidak dapat duduk diam dalam kelas. Selain daripada itu,
mereka juga tidak memahami arahan dan sukar memenuhi kehendak guru. Oleh itu,
saya perlu menggunakan bahasa yang mudah difaham serta sesuai dengan mereka dan
mengulangi arahan dengan banyak kali, supaya mereka dapat memahaminya
seterusnya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran secara
aktif.
REFLEKSI RPH 4
Fasa/ Masa
|
Refleksi
|
Set Induksi
(5 minit )
|
Dalam fasa ini, saya telah memperkenalkan tajuk P&P
saya dengan menggunakan cara magi. Murid-murid telah menunjukkan minat ingin
tahu dan tertarik oleh pertunjukan ini. Murid-murid terkejut kepada ramalan
yang dibuat oleh saya adalah begitu tepat dan mempesonakan. Keadaan P&P telah
menjadi lebih aktif dan meriangkan murid serta memudahkan mereka memahami isi
pelajaran yang akan disampaikan seterusnya.
|
Langkah Kedua
( 20 minit )
|
Dalam fasa ini, murid-murid telah dapat menduga
haiwan-haiwan yang tersembunyi dalam buku teks dengan betulnya. Setelah
itu, Para murid telah mendengari satu
dialog tentang bunyi-bunyian kenderaan
dan haiwan dengan penuh perhatian dan dapat menyatakan dan mengajuk bunyi
haiwan yang didengari dengan tepatnya. Di samping itu, kebanyakan murid telah
dapat memadankan kad perkataan bunyi dengan kad perkataam haiwan dengan
tepatnya. Ini telah telah menunjukkan murid peka dan mengetahui isi pelajaran
yang disampaikan dengan jelas.
|
Langkah Ketiga
( 15 minit )
|
Dalam fasa ini, para muird telah menonton slaid gambar
haiwan dengan teliti. Selain itu, murid-murid juga telah melihat peta haiwan
bergerak dengan penuh perhatian. Seterusnya, para murid telah memerhatikan
model-model haiwan konkrit yang dipaparkan dalam buku teks dengan penuh
minat. Selepas itu, para murid telah menonton dan mendengari lirik muzik
sambil mengajuk bunyi haiwan dan menunjukkan cara bergerak haiwan mengikut
lirik muzik tersebut. Kebanyakan murid telah dapat membuatkan simulasi dengan
tepat walaupun terdapat segelintir tidak dapat membuatkan simulasi mengikut
lirik muzik dengan betulnya. Akhirnya, para murid telah memberikan
cadangan-cadangan mereka yang baik dan unik terhadap cara-cara yang sesuai
untuk memelihara burung yang tercedera serta mengubatinya sehingga sembuh.
Respon para murid pada fasa ini amat digalakkan dan memuaskan.
|
Penutup (5 minit)
|
Pada fasa ini, para murid juga telah memberikan
pendapat-pendapat yang tersendiri dan baik tentang akibatnya jika burung yang
tercedera tidak dipelihara dan diubati. Para murid juga dapat menghayati
nilai-nilai murni iaitu sayang kepada haiwan dan menghargai haiwan-haiwan
yang terdapat di alam sekeliling kita.
|
Aktiviti Pentaksiran ( 5 minit )
|
Pada
fasa ini, kebanyakan murid dapat menyiapkan soalan dalam lembaran kerja 1 dan
2. Guru telah memberikan bimbingan sewajarnya kepada murid-murid yang lemah
dan tidak faham tentang soalan dalam lembaran kerja. Di bawah bimbingan guru,
murid-murid telah dapat menyiapkan lembaran kerja dengan sempurna dan tepat.
|
Aktiviti
Pemulihan
( 5 minit )
|
Pada fasa ini, kebanyakan murid dapat menyiapkan soalan
dalam lembaran kerja 3. Guru telah memberikan bimbingan sewajarnya kepada
murid-murid yang lemah dan tidak faham tentang soalan dalam lembaran kerja.
Di bawah bimbingan guru, murid-murid telah dapat menyiapkan lembaran kerja
dengan sempurna dan tepat.
|
Aktiviti
Pengayaan
( 5 minit )
|
Pada fasa ini, kebanyakan murid dapat menyiapkan soalan
dalam lembaran kerja 4. Guru telah memberikan bimbingan sewajarnya kepada
murid-murid yang lemah dan tidak faham tentang soalan dalam lembaran kerja.
Di bawah bimbingan guru, murid-murid telah dapat menyiapkan lembaran kerja
dengan sempurna dan tepat.
|

Tiada ulasan:
Catat Ulasan